Pelbagai promosi di adakan oleh syarikat penerbangan untuk menarik perhatian mereka yang ingin bercuti. Bila sebut je bercuti, ramai yang terfikir bahawa perbelanjaan yang dikeluarkan mesti besar. Lagi-lagi kalau membawa keluarga bersama.

Anda silap. Walaupun dengan bajet yang tidak banyak, anda masih boleh bercuti ke tempat yang menarik. Di sini admin senaraikan beberapa tempat percutian bajet yang anda boleh bercuti dengan bajet minimum Rm500 ringgit sahaja.

9 Lokasi Percutian Bajet Bawah RM500

1. Kuala Lumpur, Malaysia

Percutian Bajet Kuala Lumpur

Ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur merupakan sebuah kota yang hidup tidak kira siang atau malam. Di sekitar kota ini ada sahaja yang menarik untuk dilakukan tak kisahlah secara percuma atau berbayar, tua ataupun muda, rajin tak rajin nak discover je sebenarnya.

Kuala Lumpur menyediakan banyak hotel bajet dengan kos hanya RM100 untuk semalam. Di Kuala Lumpur juga banyak kemudahan LRT dan pengangkutan awam yang memudahkan anda untuk ke lokasi tumpuan seperti KLCC, Bukit Bintang, Tugu Negara, Muzium Negara, Taman Burung dan banyak lagi.

2. Krabi, Thailand

Percutian Bajet krabi

Antara destinasi popular di Thailand, anda boleh dapatkan harga tiket penerbangan Air Asia atau Bangkok Airways dengan harga RM230 atau lebih rendah lagi. Bagi mereka yang gemar untuk merehatkan minda di tepi pantai yang cantik, inilah destinasi yang sesuai untuk anda. Krabi terkenal dengan pulau-pulaunya yang cantik. Bilik dorm boleh didapati dengan harga RM30 semalam atau bilik lebih selesa dengan harga RM100.

Terdapat pelbagai pilihan makanan halal dan Tom Yam Kung adalah salah satu menu yang patut anda cuba. Selain itu, Krabi juga terkenal dengan ’street food’ mereka yang sedap dan murah.

3. Ho Chi Minh, Vietnam

Percutian Bajet Ho Chi Minh

Bandar ini menjadi tumpuan untuk membeli-belah. Harga hotel anda boleh dapatkan sekitar RM70 semalam. Antara tempat yang wajib dikunjungi adalah War Museum, Ben Thanh Market (membeli-belah), Chu Chi Tunnel dan macam-macam lagi.

Terdapat pelbagai pilihan makanan halal yang disajikan oleh pemilik restoran yang berbangsa muslim. Vietnam juga terkenal dengan makanan berkonsepkan sup dan sayur yang sedap dan murah.

4. Koh Samui, Thailand

Percutian Bajet Koh Samui
Apa yang menjadi tarikan disini ialah keindahan pulaunya yang masih lagi terpelihara. Pulau Samui ini juga sesuai untuk melakukan aktiviti air kerana dikelilingi pantai yang cantik.

Harga hotel pula boleh didapati dengan harga serendah RM100 semalam. Banyak restoran makanan halal disediakan di sana. Makanan laut ala Thai merupakan salah satu kegemaran di kalangan pelancong.

5. Hatyai, Thailand

Percutian Bajet hatyai

Ini adalah antara lokasi yang menjadi destinasi pelancongan pilihan warga Malaysia dari sempadan Perlis atau Kelantan. Hatyai sentiasa menjadi tumpuan pelancong Malaysia untuk membeli-belah. Sekiranya anda mencari hotel bajet, anda boleh daptkan dengan harga serendah RM50.

Lokasinya yang mempunyai populasi warga Muslim Thai menyaksikan ada banyak restoran halal di Hatyai. Ada juga restoran halal yang menjadi tarikan pelancong seperti Restoran Salma kerana masakan yang enak dan harga juga murah dan masih lagi dibawah bajet.

Baca juga: Trip Ke Hatyai Dengan Membawa Kereta Sendiri

6. Singapura

Percutian Bajet Singapura

Walaupun nilai mata wang lebih tinggi 2 kali ganda dari ringgit, namun anda tetap boleh melancong dengan kos di bawah RM500. Anda boleh menginap di hotel sekitar Johor Bahru dengan menaiki bas ke Singapura. Tune Hotel di Danga Bay menawarkan harga RM80 semalam.

Dengan kemudahan pengangkutan awam yang efisen bas dan MRT adalah pilihan terbaik untuk ke serata pelusuk Singapura. Warga Melayu di Kota Singa menjalankan perniagaan restoran makanan sekitar Arab Street dan kebanyakannya bertempat di kawasan Geylang. Cuma kos makanannya hampir dua kali ganda mahal berbanding di Malaysia, jadi anda perlu pastikan anda berjimat ketika memilih makanan di sana.

7. Pulau Pinang, Malaysia

Percutian Bajet Pulau Pinang
Ini antara lokasi percutian ramai pelancong dan menawarkan hotel bajet dengan kos sekitar RM100 untuk semalma. Makanan dan Pulau Pinang memang tidak boleh dipisahkan. Banyak tarikan makanan dan harganya sangat berbaloi untuk anda cuba.

Walaupun ia antara lokasi percutian pilihan ramai pelancong, ia masih lagi menawarkan hotel bajet dengan kos sekitar RM100 untuk semalam. Namun hotel bajet ini terletak agak jauh dari kawasan tumpuan tapi jangan risau anda memandu ke sana lebih mudah untuk dari satu tempat ke satu tempat. Cuma perlu bertahan dengan situasi trafik tidak menentu pada waktu puncak di kawasan bandar.

Makanan dan Pulau Pinang memang tidak boleh dipisahkan. Ia terkenal dengan tarikan makanan yang menarik antaranya nasi kandar, pasembur, nasi beriyani, kari kepala ikan, rojak Penang dan banyak lagi. Harga makanan yang ditawarkan masih berbaloi untuk anda cuba.

Baca Juga: Trip 3 Beranak ke Pulau Pinang Selama 3 Hari 2 Malam

8. Medan, Indonesia

Percutian Bajet Medan

Ia merupakan kota terbesar di Sumatera selepas Jakarta, Surabaya dan Bandung. Medan adalah antara lokasi pilihan pengunjung dari Malaysia khususnya buat anda yang gemar membeli-belah selain menyaksikan keindahan tasik Danau Toba yang terkenal.

Disini banyak tempat menarik anda boleh lawati. Anda boleh dapatkan harga hotel sekitar RM100 semalam. Banyak juga pilihan hotel yang jauh lebih murah. Makanan disana tiada beza dengan di Malaysia. Harga makanan juga murah dan anda boleh menikmati makanan yang enak dengan harga yang anda mampu.

9. Padang & Bukit Tinggi, Indonesia

Percutian Bajet Padang & Bukit Tinggi, Indonesia

Padang masih lagi tersenarai sebagai pusat pelancongan berpatutan dan berbaloi untuk dilawati. Disini juga terdapat banyak hotel murah serendah RM60 semalam. Menu makanan tiada beza di Malaysia dan harga sangat murah. Menu masakan di Padang adalah antara yang menyelerakan buat anda yang suka selera pedas yang cenderung umpama selera di Negeri Sembilan. Menu makanan mereka adalah hampir sama tetapi lebih banyak dan pelbagai.

Jangan lupa booking penginapan anda di Airbnb sekiranya anda mengunjungi kawasan berikut. Ini bagi mendapatkan harga terbaik. Maklumlah terdapat pelbagai tempat menarik yang mesti anda kunjungi dan tidak terlepas peluang. Ini kerana terdapat pelbagai pilihan homestay disitu.

Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian

Sumber:
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram