Dalam 25 TIPS TRAVEL BAHAGIAN 1 & 2, kami dah kongsikan anda beberapa tips travel. Tips-tips ini adalah dari pengalaman kami sendiri dan jga dari pengalaman individu-individu lain.

Dalam 25 TIPS TRAVEL BAHAGIAN 3 ini pula, kami akan kongsikan dengan anda baki tips daripada bahagian-bahagian sebelum ini. Jom kita mula!

18. GUNA SUNSCREEN

Biasanya, anda akan hadapi sedikit masalah untuk menyesuaikan diri dengan cuaca bila anda travel ke tempat baru. Ada sesetengah kawasan, cuacanya agak panas dan ada sesetengah kawasan pula cuacanya sangat sejuk.

Untuk kawasan yang cuacanya agak panas, kami sangat-sangat sarankan anda untuk menggunakan sunscreen. Bila anda travel ni biasanya anda akan luangkan lebih banyak masa outdoor jadi, peluang untuk kulit anda menjadi semakin gelap juga agak tinggi. Selain itu, pilih sunscreen yang mempunyai vitamin atau nutrisi yang bagus untuk kulit.

19. BOOKING PENERBANGAN SEAWAL MUNGKIN

Rasanya ramai yang dah tahu jika anda booking penerbangan anda lebih awal, peratusan untuk anda mendapat tiket pada harga yang jauh lebih murah juga agak tinggi.

Jadi, seeloknya anda merancang tarikh travel anda seawal yang mungkin. Kalau anda nak tahu, ada yang booking tiket penerbangan mereka setahun sebelum lagi. Biasanya mereka ini memang dah lama plan untuk ke sesebuah tempat dan memang dah ada senarai untuk mereka lawati pada sekian-sekian tarikh.

Ditambah pula dengan banyak syarikat penerbangan yang anda boleh pilih sekarang ni. Terpulang pada kesesuaian anda dengan syarikat yang mana. Tambang pun banyak juga yang murah. Jadi, anda boleh bayangkan berapa banyak penjimatan yang anda boleh dapat jika anda booking lebih awal.

20. BERFIKIRAN TERBUKA

Tips ni rasanya antara tips yang paling penting dan paling patut anda ikut. Bila anda ke tempat orang, anda kena lebih berfikiran terbuka. Anda kena faham yang didunia ini ada terlalu banyak bangsa dan agama. Jadi, sudah pastinya ada adat dan juga budaya mereka yang tersendiri.

Memang kami sendiri tak nafikan yang ada dalam kalangan adat dan budaya ini yang tidak akan kena dengan anda. Ia akan membuatkan anda tidak selesa atau rasa pelik. Tapi, anda tetap perlu menghormatinya dan jangan cakap lepas. Anda selaku tetamu juga perlu menghormati tuan rumah.

21. JANGAN TERLALU IKUT PLAN

Merancang dari awal memang banyak kelebihannya. Tapi, anda tetap perlu sediakan ruang dan masa untuk perancangan yang tidak disangka. Perancangan yang spontan biasanya akan menjadikan travel anda lebih bermakna.

Anda juga perlu sediakan mental anda untuk menerima sebarang perubahan keatas plan anda. Biasalah. Kadang-kadang perancangan kita itu pasti akan ada sedikit kepincangan. Jadi, anda kena bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan untuk anda mengubah plan anda.

22. PASTIKAN ADA YANG TAHU PLAN TRAVEL ANDA

Tak kisah lah samada anda travel secara solo atau berkumpulan, pastikan ada ahli keluarga, saudara-mara atau rakan-rakan anda di tanah air yang tahu akan plan anda. Bukannya niat untuk berbangga diri dengan memaklumkannya kepada orang lain.

Ia sebenarnya lebih kepada tujuan keselamatan. Bayangkan jika berlaku apa-apa kepada anda disana, tapi mereka yang terdekat dengan anda menyangkakan anda berada di tanah air, tiada siapa yang akan tahu apa-apa mengenai anda.

23. ASINGKAN ITEM ANDA

Jika anda travel berkumpulan, asingkan barang-barang anda kedalam beg ahli kumpulan anda. Begitu juga dengan barangan ahli kumpulan anda. Masukkannya kedalam beg anda juga.

Hal ini adalah sekiranya berlaku kehilangan salah satu beg, anda masih mempunyai item spare yang boleh diguna. Jika anda travel secara solo. Jangan letak semua item penting didalam beg anda yang paling menonjol. Cuba untuk sembunyikannya dimana-mana atau tinggal item anda didalam bilik hotel.

24. ASINGKAN WANG DAN KAD ANDA

Satu lagi tips terpenting jika anda ingin travel adalah mengasingkan wang dan kad anda kedalam beg yang berlainan atau simpannya di kawasan yang berasingan. Bayangkan kalau semuanya anda letakkan dalam wallet anda, kalau wallet anda dicuri, mana anda nak cari duit?

Jadi, lebih baik anda beringat dan mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengasingkannya siap-siap. Cuma, anda sendiri kena ingat lah dimana anda simpan wang dan kad anda tersebut. Pening jadinya kalau anda sendiri terlupa.

25. SEDIAKAN MINI FIRST AID KIT

Anda tak tahu apa yang akan berlaku sewaktu travel nanti. Jadi, tak salah rasanya kalau anda sediakan siap-siap mini first aid kit anda sendiri. Anda boleh dapatkannya di farmasi atau anda boleh beli barang-barang berikut:

● Aspirin
● Benedryl
● Ubat demam
● Ubat batuk
● Charcoal pill
● Ubat-ubatan anda sendiri jika anda ada penyakit atau alahan

Kadang-kadang tu bila anda berada di kawasan yang agak terpencil atau di pedalaman, agak susah untuk anda mendapatkan akses kepada ubat-ubatan.

Sekian sahaja untuk 25 TIPS TRAVEL ini. Diharapkan anda mendapat banyak manfaat hasil dari perkongsian kami untuk kali ini.

Jangan lupa booking penginapan anda di Airbnb bagi mendapatkan harga terbaik. Terdapat pelbagai pilihan homestay disitu.

Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram