25 Tips Travel Bahagian 2

Kalau dalam 25 TIPS TRAVEL BAHAGIAN 1 hari tu kami dah kongsikan dengan anda 8 tips, so dalam bahagian 2 ni pula kami akan kongsikan dengan anda beberapa tips lagi yang anda boleh ikut untuk memastikan kembara anda di tempat asing lebih selamat dan lebih teratur.

Jom kita sambung!

9. PRE-PLAN PAKAIAN ANDA

Sebelum anda travel ke sesebuah tempat baru, anda pastinya dah buat sedikit research berkenaan tempat tersebut kan? Sebagai contoh, tempat menarik yang ada, budaya masyarakat disana, bahasa yang digunakan, makanan halal dan pakaian.

Kami sangat-sangat sarankan anda untuk plan siap-siap pakaian apa yang anda ingin pakai bila disana nanti. Salah satu sebabnya adalah untuk mengelakkan anda dari tersalah pilih pakaian yang tidak sesuai dengan cuaca disana.

Sebab lain pula adalah untuk mengelakkan pakaian anda terlalu berbeza atau terlalu keterlaluan dengan budaya di sana. Ia juga penting untuk memastikan gambar yang bakal anda ambil disana nanti akan kelihatan lebih menarik.

10. SEDIAKAN BEG KECIL

Beg kecil seperti beg sandang merupakan salah satu item yang kerap dibawa oleh mereka yang dah berpengalaman melancong ke luar negara. Didalam beg ini, anda boleh masukkan gajet anda, ubat, berus gigi dan pakaian dalam ekstra.

Kenapa anda kena buat macam ni? Beg kecil ini sebenarnya adalah untuk anda menyimpan item-item penting atau untuk memudahkan kerja anda untuk membawanya ke mana-mana jika anda meninggalkan bagasi anda di hotel.

Selain itu, ia juga penting sekiranya anda kehilangan bagasi anda sewaktu transit. Memang ia boleh dibeli dimana-mana namun apa salahnya jika anda prepare siap-siap untuk berjimat kan?

11. TANYA SIAP-SIAP TAMBANG PUBLIC TRANSPORT

Baca Juga  5 Langkah Merealisasikan Impian Anda Untuk Mengembara

Kalau anda rasa Malaysia saja yang ada teksi tipu harga dan caj gila-gila, anda silap. Sebenarnya spesis macam ni ada banyak dalam dunia dan hampir di semua negara.

Sebab itulah penting untuk anda tanya siap-siap berapa tambang yang akan dikenakan. Risau sebelum naik harga lain, dah sampai harga lain. Kalau anda nak lebih mudah, anda boleh survey siap-siap kadar tambang dari satu tempat ke satu tempat menerusi internet.

Kalau anda ke negara yang mempunyai Grab, lebih mudah kerja anda. Tapi, Grab tak ada di semua negara. Satu lagi faktor yang anda perlu ambil kira adalah kemampuan anda. Kalau anda rasa anda mampu untuk bayar caj yang tak masuk akal tu, tiada masalah.

12. BAWA LOTION

Anda boleh masukkan lotion tersebut ke dalam beg kecil tadi. Ada macam-macam jenis lotion seperti hydrating lotion untuk anda yang memakai kanta lekap atau lotion lain sekiranya anda mempunyai kulit yang sensitif.

Perubahan cuaca akan memberikan kesan terhadap diri anda. Anda lebih kenal diri dan tubuh anda. Jadi, sediakan lotion yang bersesuaian ya?

13. KEKAL HIDRAT SEPANJANG MASA

Bila anda dalam perjalanan yang jauh terutamanya jika anda menaiki kapal terbang, kekal hidrat akan memberikan manfaat yang banyak buat tubuh badan anda. Ia akan membantu anda untuk recover jet lag anda dengan lebih mudah.

Jadi, kerapkan minum air kosong atau minuman isotonik yang dapat membantu untuk menghidratkan anda. Ia juga akan membantu anda untuk travel dengan lebih selesa. Sesetengah negara mempunyai cuaca yang lebih panas, jadi kemungkinan untuk dehidrasi itu sangat tinggi.

14. SIMPAN NOMBOR BILIK DAN ALAMAT HOTEL ANDA

Baca Juga  Macam Mana Nak Booking Homestay Melalui Airbnb

Rasa macam tak perlu pun tips ni? Siapa cakap? Berapa ramai sebenarnya yang terlupa nombor bilik dan alamat hotel bila keluar travel ni? Tambah-tambah kalau anda terlalu kerap travel.

Jadi, besar kemungkinan untuk anda terlupa atau teringat nombor bilik hotel yang sebelum-sebelum ni. Cara terbaik adalah, save segala maklumat ni dalam telefon bimbit anda.

15. TANYA PENDUDUK SETEMPAT

Banyak perkara yang anda boleh tanyakan penduduk setempat. Sebagai contoh, tempat makan paling menarik, tempat terbaik untuk anda melihat pemandangan matahari terbenam, aktiviti paling menarik yang ada atau cara untuk ke sesebuah tempat.

Biasanya, anda akan temukan lebih banyak perkara menarik dengan bertanyakan penduduk setempat berbanding dengan mencari maklumat menerusi internet. Sebab itulah penting juga untuk anda belajar beberapa ayat simple untuk bertanyakan soalan-soalan sebegini nanti.

16. HATI-HATI DENGAN WIFI PERCUMA

Mungkin anda tak pernah kena atau anda tak tahu pun anda terkena. Ada sesetengah wifi percuma di luar negara disediakan oleh hacker untuk mencuri maklumat anda terutamanya maklumat berkaian akaun bank anda dan juga password untuk akaun tertentu anda.

Zaman sekarang ni macam-macam jenayah siber boleh berlaku. Jadi, hati-hatilah sewaktu anda menggunakan wifi percuma bila anda travel nanti.

17. MAKLUMKAN KEPADA BANK DAN SYARIKAT KAD KREDIT ANDA

Bila anda nak ke luar negara, better kalau anda maklumkan siap-siap kepada pihak bank dan juga pihak kad kredit anda berkenaan plan anda. Hal ini adalah untuk mengelakkan akaun bank atau kad kredit anda tiba-tiba di’block’ atau perkara yang sewaktu dengannya sewaktu anda diluar negara.

Sekian saja untuk 25 TIPS TRAVEL BAHAGIAN 2 ini. Nantikan satu lagi bahagian berkenaan tips travel dalam artikel seterusnya. Jumpa nanti!

Baca Juga  25 Tips Travel Bahagian 3

Jangan lupa booking penginapan anda di Airbnb bagi mendapatkan harga terbaik. Terdapat pelbagai pilihan homestay disitu.

Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian

error: Content is protected !!